seismik

[VIDEO] Tiru Lebih 10 Suara Penyanyi Legend, Remaja Lelaki Ini Buat Warganet Speechless!

Memang sebijik, korang kena tengok sampai habis!

Cover image via @amsyar_leee (Twitter)

Dalam Malaysia ni ramai yang berbakat dalam nyanyian, tapi tak ramai yang boleh tiru suara penyanyi sebenar

Namun, berbeza pula dengan remaja lelaki ini yang mempunyai bakat luar biasa dan boleh tiru 100% suara penyanyi asal.

Baru-baru ini, tular di laman sosial di mana seorang pengguna Twitter yang bernama @amsyar_leee telah memuat naik satu video miliknya dikongsi daripada TikTok.

Bakat luar biasa, tiru lebih 10 suara penyanyi terkenal di Malaysia

Menerusi video penuh yang berdurasi lebih kurang 3 minit itu, dia telah meniru 12 suara penyanyi wanita terkenal di Malaysia.

Antara suara penyanyi yang ditirunya ialah Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Ziana Zain, Ning Baizura, Shila Amzah dan beberapa artis lain.

Berikut di bawah video penuh remaja lelaki itu:

Warganet kagum dan terhibur dengan suaranya yang sebiji macam penyanyi asal

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 450,000 tontonan dan 30,000 retweet di Twitter.

Ramai warganet yang terhibur dan berkata suara remaja lelaki itu power! Bukan senang nak tiru suara penyanyi-penyanyi terkenal tersebut. Ada juga yang kata video itu lawak, nak-nak lagi bila part Ziana Zain, Elizabeth Tan dan Nabila Razali. 

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Kalau pejam mata, agak-agak korang boleh cam tak itu suara penyanyi asal atau tiruan? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: