Remaja Lelaki Ini Viral Selepas Dedah Nama Penuh Macam Orang Jepun. Rare!
Komen netizen macam biasa, menghiburkan!
Kalau kita dengar nama seseorang itu agak unik, mesti kita rasa dia ada darah kacukan mana-mana negara bukan?
Tetapi, berbeza pula dengan remaja lelaki ini, di mana dia tular di laman media Twitter beberapa hari lalu kerana namanya yang rare!
Dia telah memuat naik satu ciapan balas kepada seorang lagi pengguna Twitter apabila pengguna tersebut bertanya berapa ramai orang biasa yang nama mereka sama macam artis atau ahli politik dan bagaimana perasaan mereka membawa nama tersebut.
Selepas itu, remaja lelaki tersebut telah membalas ciapan itu dengan memuat naik kad pengenalannya, sekali gus menarik perhatian netizen.
Lihat ciapan penuh di bawah:
"Ayah tak ada idea" - Afiq Rhuichi Yoshiyuki Bin Abdul Aziz
Menurut remaja lelaki yang mesra dipanggil Afiq itu, kedua ibu bapanya adalah seratus peratus Melayu asli dan tiada darah kacukan Jepun sama sekali.
Nama tersebut diberikan oleh kawan kepada bapanya yang menetap di Jepun, dan menurut sumber, dia juga memberitahu namanya itu membawa maksud yang baik dalam bahasa Jepun.
"Masa nak letak nama saya tu ayah tak ada idea, jadi dia minta pendapat kawan dia yang tinggal di Jepun. Lepas itu dia cadangkan nama tersebut.
"Saya lahir tahun naga. Jadi, maksud nama saya Rhuichi Yoshiyuki itu naga yang gagah perkasa," katanya.
Terima pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di Twitter
Susulan tularnya ciapan Afiq yang sehingga kini meraih lebih 9,100 likes dan 5,000 retweets di Twitter, ramai yang mengatakan namanya style dan cool.
Tidak kurang juga, ada yang terfikir bagaimana nama anaknya nanti, bagaimana kalau dia bergaduh dengan kawan-kawan, dan macam-macam lagi.
Mempunyai nama yang unik pastinya membuatkan Afiq menjadi tumpuan dalam kalangan kawan-kawannya dan di sekolah. Adik perempuannya juga diberi nama Jepun iaitu Ayuni Erika Onnayuki Binti Abdul Aziz.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter: