seismik

[VIDEO] Ingatkan Orang Besar Je Melatah, Baby Pun Pandai Melatah Sekarang. Cute!

Jangan comel sangat please.

Cover image via @mynameisaiza_ (TikTok)

Orang besar melatah tu normal, tapi kali ni baby pun ada yang melatah. Opocot!

Fenomena melatah ini kita biasa nampak sering berlaku dekat orang dewasa saja. Kalau dijerkah, memang kadang-kadang sampai melompat, menari, menyanyi dibuatnya.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di aplikasi TikTok ini apabila seorang ayah mengusik anaknya yang sedang bermain sendirian di bilik.

Suara ayahnya memberi salam dengan nada yang agak kuat itu telah membuatkan anaknya terkejut dan selepas beberapa saat, baby itu melompat seolah-olah tengah melatah.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Reaksi spontan baby itu yang terkejut dan mukanya yang tersengih malu selepas diusik membuatkan ayahnya gelak sakan

Ulang banyak kali pun, reaksi baby itu tetap buat kita geli hati. Mana taknya, selepas beberapa saat ayah dia jerit barulah dia nak melompat. Bak kata netizen, loading 3 saat baru terkejut.

Mesti ayahnya sudah terbiasa mengusik dan buat anaknya terkejut sehingga sudah menjadi hobi. Namun, video itu hanyalah sekadar hiburan dan suka-suka saja.

Video itu tular sehingga mendapat lebih 93,600 tontonan dan hampir 8,000 tanda suka di TikTok

Siapa je yang tak terhibur bila tengok reaksi spontan baby itu kan? Lawak tapi comel, itu yang sampai buat ayahnya gelak sakan.

Bukan saja ayahnya, malah netizen pun turut terhibur dengan telatah si kecil itu. Rata-rata mereka berkata baby itu comel dan kelakar sebab kecil-kecil dah pandai melatah.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun, awak memang comel lah dik! Lain kali ayahnya bagi salam slow sikit ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: