seismik

“Annyeonghaseyo!” - Gelagat Spontan Mak Cik Ini Semasa Scan Suhu Buat Ramai Gelak Sakan

Mak cik, you're so funny!

Cover image via @pettymah (Twitter)

Dalam setiap keluarga, mesti ada salah seorang ahli yang menjadi penghibur atau pelawak kan?

Tak lengkaplah sesebuah keluarga itu jika tiada penyeri. Selain kawan-kawan, keluarga juga adalah tempat utama kita untuk berkongsi masalah dan juga gelak tawa. Setuju?

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter di mana seorang gadis telah memuat naik video ibunya di hadapan sebuah premis ketika scan suhu di dahi.

Memandangkan sekarang masih lagi musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setiap premis akan sediakan stand thermometer atau alat penembak di dahi.

Tapi kedai yang mereka kunjungi itu menggunakan alat berbeza dari yang selalu kita nampak. Nak tahu apa gelagat spontan yang ibu gadis itu buat sehingga ramai terhibur?

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Kelakar betul mak cik ni! Macam mana boleh terfikir nak tunduk lepas tu cakap “annyeonghaseyo”? :D

Menurut gadis itu yang mesra dipanggil Timah, ibunya memang seorang yang kelakar dan sering buat anak-anak terhibur.

"My mum has always been funny. This is another video of her haha," katanya.

Dia juga ada memuat naik video lain gelagat ibunya dalam rangkaian ciapan tersebut.

Selepas video itu tular sehingga mendapat lebih 18,800 retweet dan 26,200 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis, ibu Timah menerima banyak reaksi terhibur daripada warganet

Ada yang berkata sebab kenapa ibunya tunduk sambil mengeluarkan ayat spontan bahasa Korea yang bermaksud hello dan thank you itu adalah kerana penangan drama Korea (K-drama).

Boleh jadi juga tu, mungkin ibu Timah adalah peminat tegar K-drama sampai terkeluar ayat spontan semasa scan suhu.

Rata-rata warganet berkata gelagat ibu Timah comel dan sampai ada yang automatik rindu ibu mereka.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Family korang ada bakat buat lawak spontan macam ibu Timah tak? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: