“Apa Ikan Jenazah?” - Lelaki Ini Suruh Teka Pekerjaan Isteri, Tapi Lain Yang Netizen Teka
Sakit perut baca semua reply kat Twitter dia, aduh lawak!
Bagi sesiapa yang pasangannya bekerja sebagai seorang doktor, pasti dah biasa dengan tulisan mereka yang bersimpul dan sukar untuk difahami itu
Begitu juga dengan satu ciapan yang tular di Twitter beberapa hari lalu, di mana seorang lelaki telah memuat naik senarai barang dapur yang dikirim isterinya.
Ciapan itu telah mendapat perhatian ramai apabila lelaki tersebut yang merupakan suami kepada seorang doktor meminta netizen meneka apa yang ditulis isterinya dalam kertas senarai barang dapur itu.
Yang lawaknya, lelaki itu meminta orang ramai meneka apa pekerjaan isterinya. Namun, lain pula yang mereka teka
Susulan tularnya ciapan itu yang kini mendapat lebih 8,000 retweet dan lebih 11,000 tanda suka di Twitter, ia menimbulkan dekah apabila netizen memandai-mandai translate apa yang isteri lelaki itu tulis.
Mana tak lawak, rempah kari jadi rempah kum kum, ikan jenahak jadi ikan jenazah. Macam-macam yang netizen tulis sampai ada yang tengah bersedih pun boleh gegar perut gelak!
Antara senarai barang dapur yang mereka teka:
"Ini baru tulis rumi, kalau doktor tulis jawi mau bangun balik firaun," - Netizen
Bukan senang rupanya nak baca tulisan doktor, hanya yang ada skills saja boleh faham apa yang mereka tulis. Kalau tidak, macam inilah jadinya nanti. Habis semua perkataan keluar.
Gambar kedua yang dimuat naik lelaki itu juga mencuit hati kerana dia memberitahu isterinya melalui WhatsApp yang hanya nombor 5 saja dia faham, yang lain dia tak tahu.
Apabila si isteri menulis semula senarai itu di mesej, ternyata ia memudahkan lagi kerja si suami untuk beli barang dapur.
"K. Lepasni ws je. Senang!" katanya.
Senang cerita, topik ini memang menjadi bahan lawak kepada semua orang kerana ia sering terjadi kepada suami-suami di luar sana yang disuruh beli barang dapur oleh para isteri.
Cuma kali ini, isteri lelaki tersebut ialah doktor, jadi makin rumitlah nak beli barang dapur sebab nak fahamkan apa yang ditulis pun mengambil masa yang agak lama.
Antara komen menarik dan kelakar daripada netizen di Twitter: