seismik

Gadis Ini Ikut Trend Nak Bibir Macam Angelina Jolie, Tapi Lain Pula Yang Jadi. Alamak!

Lain kali jangan memandai-mandai, kan dah bengkak bibir tu.

Cover image via XTRA & @ayurambe01 (TikTok)

Siapa je yang tak nak cantik dan memiliki bibir mungil kan? Tapi mestilah kena ikut cara yang betul

Image via Hijab & Heels

Baru-baru ini tular video di laman sosial popular iaitu TikTok, apabila seorang gadis dari Indonesia yang cuba mengikuti trend untuk mungilkan bibir dengan cepat.

Trend itu dikatakan bermula daripada TikToker dari luar negara dan ramai yang telah cuba menggunakan penutup botol untuk mungilkan bibir mereka.

Tidak terkecuali, gadis Indonesia itu juga telah menyedut penutup botol menggunakan bibirnya selama beberapa saat. Namun, selepas dia cuba untuk menarik penutup botol itu, lain pula yang jadi.

Berikut di bawah adalah video gadis itu:

Walau bagaimanapun, penutup botol itu tetap berjaya ditarik olehnya, namun bibirnya pula jadi begini..

Susulan daripada kesan menyedut penutup botol itu bibirnya membengkak, videonya telah mendapat perhatian netizen.

Ramai yang memberi nasihat supaya jangan main-main dengan cara yang kononnya mudah dan berkesan itu. Ada yang kata boleh menyebabkan kematian sebab pembuluh darah boleh pecah.

Tetapi, ramai juga yang terhibur tengok reaksi gadis itu selepas melihat keadaan bibirnya. Elok-elok bibir normal, terus jadi tak cantik.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jadi, pengajaran untuk sesiapa kat luar sana tu, jangan cepat ikut trend yang belum tentu selamat hanya sebab nak cantik ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: