“Macam Mana Bini Dia Boleh Mengandung?” - 5 Tahun Tak Jumpa, Respon TikToker Ini Lawak!
Masalahnya, bini dia mengandung anak siapa?
Kalau korang nak tahu, ramai TikToker sekarang popular dengan menjawab soalan dan perkongsian daripada netizen
Salah seorang TikToker yang sering melayan soalan-soalan daripada netizen ialah @apis_dauz. Kebanyakan jawapannya mengundang dekah sebab cara dia menjawab soalan mereka sangat spontan.
Baru-baru ini, dia memuat naik videonya memberi respon satu perkongsian daripada seorang lelaki. Namun ayat lelaki tersebut kelihatan sedikit pelik dan membuatkan TikToker ini naik hairan.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
"Apa-apa pun tahniah la bro" - @apis_dauz
Susulan tularnya video tersebut, TikToker ini cuba untuk husnuzon dan dia hanya mengucapkan tahniah kepada lelaki yang menunggu isterinya 'bersalin' itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih setengah juta tontonan dan lebih 1,600 komen daripada netizen yang boleh tahan kelakar.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Hmm.. pening juga fikir macam mana isteri abang tu boleh mengandung, mari lah kita sama-sama husnuzon :D