seismik

[VIDEO] Bila Mat Salleh Order Starbucks Dekat Abe Kelantan, Pecah Perut Tengok Lelaki Ini!

Dia punya Kelantanese accent tu memang kelakar habis!

Cover image via @arieffyong (TikTok)

Sejak kebelakangan ini, makin ramai pula yang berbakat buat video lawak di TikTok

Begitu juga dengan seorang lelaki yang viral di laman sosial itu baru-baru ini, di mana dia telah memuat naik videonya berlakon dua watak menjadi Mat Salleh dan Abe Kelantan.

Menerusi video tersebut yang tular sehingga mendapat perhatian ramai, lelaki yang dikenali sebagai Arieff Yong itu berlakon menjadi seorang Mat Salleh yang sedang membuat pesanan air kepada pekerja Kelantan di Starbucks.

Mat Salleh vs. Abe Kelantan, agak-agak siapa yang menang?

Menariknya, lelaki ini pandai bertutur dalam British accent dan mendapat pujian ramai kerana intonasinya memang menjadi!

Tetapi video tersebut mengundang gelak netizen apabila dia melakonkan watak sebagai Abe Kelantan. Kebanyakannya berkata 'slang' yang digunakannya sangat on point.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Netizen gelak sampai rasa nak nangis

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih 234,000 tontonan di TikTok dan tidak kurang juga mendapat komen-komen menghiburkan daripada netizen.

Antara komen menarik daripada netizen dik TikTok:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: