Keliru Dengan 'Pemilik Suara' Nyanyi Lagu BLACKPINK, Remaja Ini Tampil Beri Penjelasan
Rupa dah ada dan suara pun sedap. Boleh jadi penyanyi dah ni.
Sebut je nama Blackpink, mesti peminat tegar kumpulan Korea ini terus teringat lagu terbaru mereka iaitu 'Lovesick Girls' kan?
Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok seorang remaja lelaki memuat naik videonya menyanyikan lagu terbaru Blackpink 'Lovesick Girls' itu.
Menurut sumber, remaja bernama Muhd Razmansyah Rahman itu berkata ramai yang keliru dan menyangka individu yang dirakam dari tepi dalam video tersebut adalah abangnya.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Sebenarnya, individu yang dikatakan abangnya itu adalah dirinya sendiri
"Ada video sebelum ini yang mendapat jumlah tontonan tidak seperti yang saya harapkan. Jadi saya terfikir, apa kata saya buat content lain dari yang lain.
Konon-konon saya rakam abang saya menyanyi secara senyap-senyap tanpa dia sedar sedangkan itu sebenarnya adalah saya. Saya anak sulung, tak ada abang pun sebenarnya," katanya.
Dapat idea untuk buat content tersebut daripada TikToker luar negara
Menurut Razman lagi, dia mengakui semakin minat terhadap kumpulan Blackpink selepas mereka muncul dalam sebuah dokumentari di Netflix bertajuk Light Up The Sky baru-baru ini.
"Salah satu impian saya, saya mahu jadi penyanyi. Kalau ada peluang, saya tak tolak," katanya.
Razman juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memuji nyanyiannya dalam video tular tersebut yang kini mendapat lebih 254,000 tontonan di TikTok.