seismik

"Macam Tengok Berita!" - Netizen Terhibur Cara Penyampai Berita Ini Baca Lafaz Izin Nikah

Memang rasa macam betul-betul tengok berita dekat TV!

Cover image via @NaimHashim (Twitter)

Setiap kali majlis akad nikah, pengantin perempuan akan diminta untuk membaca lafaz izin nikah setelah pengantin lelaki membaca lafaz taklik

Gambar sekadar hiasan

Image via Denai Hati

Baru-baru ini, tular di media sosial ketika seorang wanita membaca lafaz izin nikah dengan nada seperti sedang menyampaikan berita.

Video itu telah dimuat naik rakannya di Twitter dan telah mendapat hampir 380,000 tontonan dan lebih 26,000 tanda suka ketika artikel ini ditulis.

Difahamkan, wanita itu yang bernama Hanis Razak sememangnya bertugas sebagai penyampai berita TV3 di Media Prima Berhad.

Lihat video penuh tersebut di bawah:


Mendapat pujian daripada netizen di Twitter kerana intonasinya yang komersial semasa membaca lafaz izin nikah

Ketika video itu tular, ramai memuji suaranya yang sedap seperti melaporkan berita dan rancangan terkenal Malaysia, 999. Ada juga yang berkata macam sedang buat voice over.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Suara penyampai berita ini sememangnya sangat lunak dan komersial, tahniah diucapkan di atas perkahwinan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: