"Sakitnya Hati!" - Wanita Ini Bayar RM268 Untuk Kek Hari Jadi, Tapi Dapat Macam Playdough
Tak baik tau buat customer macamni.
Bila sebut pasal hari jadi, kita mesti nak sediakan kejutan untuk orang yang tersayang sebab sambutan itu hanyalah setahun sekali
Tetapi, insiden yang terjadi kepada seorang wanita baru-baru ini telah mengundang kemarahan dan kerugian kepada dirinya.
Menurut sumber, wanita yang bernama Sam Faulkner dari England itu telah menghubungi seorang pembuat kek tempatan dan memintanya membuat kek untuk hari jadi suaminya.
Dia meminta baker tersebut membuat dekorasi kek sebagaimana yang dihasilkan oleh kedai terkemuka, Caker Street.
Kek itu berharga lebih RM250 tetapi akhirnya hampa sebab lain yang diminta, lain pula yang dapat
Faulkner telah membayar harga kek tersebut yang berharga RM268 selepas baker itu bersetuju untuk mengambil tempahannya.
Difahamkan, kek yang ditempah untuk hari jadi suaminya yang ke 30 sepatutnya berlatarkan warna biru air tasik yang dihiasi dengan dekorasi ikan melompat, batang pancing, tumbuhan dan papan tanda bertulis 'Happy Birthday'.
Namun, wanita itu kecewa apabila melihat rupa kek yang ditempahnya itu seperti playdough dan dibuat oleh kanak-kanak. Jauh beza dengan apa yang diinginkannya.
Rupa-rupanya ramai yang sudah 'terkena' dengan baker tersebut sebelum ini
Selepas ibunya memuat naik insiden itu di media sosial, mereka dihubungi ramai individu yang pernah mengalami nasib yang sama seperti mereka.
Faulkner cuba untuk hubungi baker tersebut namun nombornya sudah di blocked dan Facebook page kedai itu juga telah dipadam.
Akhirnya Faulkner berjaya mendapat pulangan duit hanya RM80, namun dia tetap bawa kes itu kepada Piawaian Perdagangan kerana tidak mahu lebih ramai menjadi mangsa penipuan tersebut.
Semoga insiden ini menjadi iktibar buat semua peniaga online dan juga pengajaran kepada para pengguna supaya lebih berhati-hati!