[VIDEO] Gadis Ini Sedih Kena Kuarantin, Tapi Tak Sangka Pula Frontliners Nak Bagi Kejutan
Terima kasih abang dan kakak frontliners!
Tugas sebagai frontliners bukanlah senang, setiap hari bertungkus-lumus selamatkan nyawa orang dan terpaksa tengok kematian depan mata sendiri
Namun, video yang tular baru-baru ini di Twitter membuatkan ramai semakin kagum dengan frontliners di Malaysia.
Menerusi satu tweet dimuat naik oleh seorang gadis yang sedang menjalani kuarantin, dia tidak menyangka akan terima kejutan semasa hari jadinya pada 15 Oktober lalu.
Dalam video tersebut yang mendapat lebih 277,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka di Twitter ketika artikel ini ditulis, kelihatan beberapa petugas frontliner membawa birthday cake ke biliknya sambil nyanyi lagu 'Happy Birthday'.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Ingatkan sambut hari jadi seorang diri, gadis itu sebak sehingga menitiskan air mata kerana terharu dengan kejutan dari frontliners
Menurut sumber, gadis bernama Nur Fakhira Amani ini merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dia berkata agak sedih tahun ini kerana terpaksa raikan hari jadi seorang diri dalam bilik kuarantin.
"Mereka dah lah penat tapi masih sempat lagi gembirakan orang lain. Itu yang membuatkan saya sangat-sangat terharu," katanya.
Katanya lagi, kejutan kek diberi kepada setiap pelajar yang dikuarantin yang dilahirkan pada bulan Oktober.
Gadis tersebut menjalani kuarantin sehingga 14 hari susulan merupakan kontak rapat kepada satu kes Covid-19.
Warganet turut sebak dan kagum dengan usaha frontliners untuk gembirakan pelajar yang dikuarantin
Mereka juga sempat bagi ucapan 'Happy Birthday' dan get well soon kepada Nur Fakhira.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Bertuahnya dapat kejutan macamni dari frontliners, mesti birthday tahun ini adalah kenangan paling indah untuk dia kan? :)