seismik

Offer Sampai RM1800 Hanya Jaga Gerai Nasi Lemak, Netizen Banding Dengan Gaji Company Besar

"Aku kerja company besar pun basic RM1300" - Netizen

Cover image via Asian Inspirations & @sengfoo88 (Twitter)

Umum sedia maklum, ramai yang dibuang kerja dan kebanyakan syarikat terpaksa tutup atau potong gaji pekerja akibat tiada untung dalam sektor tertentu akibat Covid-19

Image via Lima Minit

Namun, baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan satu iklan jawatan kosong yang dimuat naik seorang pengguna Twitter bernama @sengfoo88.

Iklan jawatan kosong tersebut dikatakan menawarkan gaji sehingga RM1800 untuk penjaga gerai nasi lemak di Sunway Mas.

Baca ciapan penuh tersebut di bawah:


Ketika artikel ini ditulis, tweet itu telah mendapat 11,000 retweet dan lebih 10,000 tanda suka di Twitter.

Netizen terkejut dengan harga yang ditawarkan, malah ramai yang berkata gaji gerai nasi lemak lagi better dari gaji dekat sesetengah company besar

Susulan tularnya tweet itu, ia telah menarik perhatian netizen dan mereka menyuarakan pendapat masing-masing tentang iklan jawatan kosong tersebut.

Rata-rata mereka berkata gaji yang ditawarkan gerai ini adalah lebih tinggi berbanding gaji di sesetengah syarikat yang mereka bekerja sekarang.

Ada juga yang merasakan sia-sia belajar sampai degree tetapi gaji mereka lagi rendah daripada penjaga gerai nasi lemak.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Ada betulnya juga pendapat mereka ini. Tapi apa-apa pun untuk masa depan yang cerah, lebih baik pilih kerja yang kita minat dan yakin boleh bertahan lama :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: