Bila Admin Malaysia Airports 'Promote' Abang Polis Bantuan Sado, Ramai Pula Yang Cuci Mata
"Ni kalau dia jentik admin dari KLIA ni mau boleh sampai ke KLIA2" - Admin Malaysia Airports
Selalunya, kita biasa lihat polis bantuan adalah dalam kalangan orang yang lebih berusia. Tetapi, kali ini sedikit berbeza dan tentu buat para gadis di luar sana terpegun!
Baru-baru ini, admin akaun Twitter milik Malaysia Airports memuat naik sekeping foto polis bantuan yang telah menarik ramai perhatian gadis-gadis di laman sosial itu.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Luqman merupakan seorang anggota Aviation Security (AVSEC) yang telah berkhidmat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) selama 7 tahun.
Menariknya, foto itu telah berjaya membuatkan ramai warganet terpegun dek kerana tubuh abang polis yang 'sado'.
Lihat ciapan penuh di bawah:
Fuh, memang betul-betul sado ni sampai tangan semua naik urat
Melihat daripada badannya yang sasa dan mempunyai pengalaman bekerja di KLIA dalam tempoh yang lama, tentu Luqman ini adalah seorang polis bantuan yang sangat berdedikasi dan menjadi ikon kepada ramai pegawai polis bantuan di syarikat operator lapangan terbang itu.
Senang cerita, sekali pandang mesti takut nak berlawan dengan abang polis sado itu. Bak kata admin Malaysia Airports, kalau sekali dia jentik confirm sampai ke KLIA 2.
Menurut Malaysia Airports, Luqman dikatakan selalu ke gym dan melakukan aktiviti berat kerana baginya, kesihatan fizikal dan mental kenalah seiring.
Salah satu kehebatan Luqman adalah dia selalu membantu pelancong yang tidak boleh berbahasa Malaysia ataupun Inggeris untuk berkomunikasi dengan lebih mudah.
Susulan tularnya tweet tersebut, ramai warganet sempat cuci mata dan bergurau dengan admin Malaysia Airports
Kadang-kadang, gurauan itu perlu untuk menceriakan hari-hari bekerja. Kalau asyik post perkara yang serius saja mesti bosan kan?
Rata-rata warganet menerima ciapan tersebut dengan open minded dan sempat mengusik admin Malaysia Airports yang dikatakan diam-diam suka pada abang polis sado itu.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter: