Aliff Daniel Mengaku Buat Pemujaan Di Batu Caves, Mahkamah Arah Jalani Pemulihan Akidah

Antara rakaman yang mencetuskan kontroversi ialah tindakan individu berkenaan yang didakwa mencucuk bahagian mukanya menggunakan objek berbentuk trisula ketika menyertai upacara tersebut.

Cover ImageCover image via Malaysia Kini & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Aliff Daniel dilaporkan mengaku melakukan perbuatan pemujaan yang bertentangan dengan hukum syarak susulan isu penyertaannya dalam ritual keagamaan bukan Islam di Batu Caves yang pernah tular sebelum ini

Menurut laporan Harian Metro, kes berkenaan mendapat perhatian ramai selepas beberapa gambar dan rakaman video memaparkan individu terbabit melakukan ritual keagamaan Hindu ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor, tersebar di media sosial.

Antara rakaman yang mencetuskan kontroversi ialah tindakan individu berkenaan yang didakwa mencucuk bahagian mukanya menggunakan objek berbentuk trisula ketika menyertai upacara tersebut.

SAYS.com
Image via Malaysia Kini

Selain itu, terdapat juga video yang dipercayai memaparkan Aliff menyertai satu upacara 'pembersihan' di Bali, Indonesia, selain mendakwa dirinya mempunyai kebolehan sebagai penyembuh kerohanian.

Susulan penularan perkara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan terhadap pemuda berkenaan mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

Seksyen 4 berkaitan perbuatan menunjukkan pemujaan dengan cara yang bertentangan dengan hukum syarak, manakala Seksyen 10 melibatkan perbuatan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

Terdahulu, Aliff bersama ibunya yang berusia 52 tahun dilaporkan ditahan di Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu oleh anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah Shah Alam.

Kedua-duanya kemudian dibawa ke Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam bagi membantu siasatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS