seismik

[VIDEO] Tuan Dah Bagi 'Bekas Bersih', Tapi Kucing Ini Buat Hal Tetap Nak Minum Lopak Air

"Maybe lopak air taste even better" - Warganet.

Cover image via @callmefye (Twitter)

Kucing adalah haiwan peliharaan favourite ramai kerana sifat semulajadinya yang comel dan nakal itu membuatkan kita terhibur

Kebiasaannya, kucing akan makan dan minum di dalam bekas yang disediakan tuannya. Namun lain pula dengan dua ekor kucing ini apabila tuan mereka sudah memberikan bekas air untuk diminum tetapi mereka tidak menghiraukan langsung bekas air itu.

Lihat video penuh di bawah:

Tuan dah sediakan bekas untuk minum tapi pergi minum lopak air dengan kawan

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Fairuz itu, dia telah menyediakan sebekas air kepada kucingnya yang berwarna oren untuk minum.

Namun, apa yang membuatkan dia kecewa apabila kucing kesayangannya itu lebih memilih untuk minum lopak air bersama dua ekor kucing yang lain.

Bukan itu saja, kucing oren itu juga dilihat membuat perangainya apabila si tuan telah menyediakan bekas pasir untuknya membuang hajat tetapi ia pergi 'melepas' di kawasan pokok-pokok tuannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya mendapat 140k views, 8.1k retweets dan 8.3k likes

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video kucing itu dan mereka turut berkongsi perangai kucing mereka yang sama seperti kucing Fairuz.

Apa yang lebih kelakar, kebanyakan kucing mereka juga berwarna oren dan mereka berpendapat kucing oren memang mempunyai sifat yang sama.

Tetapi ada juga yang berkata kucing sebenarnya lebih tertarik untuk minum air yang mengalir berbanding air di dalam bekas.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Kadang-kadang rasa geram dengan perangai kucing ni, tapi nasib baik comel!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: