seismik

"Ingatkan Filter Camera" - Gadis Ini Serik Beli Barang Online Lepas Dapat Cermin Ajaib

Tak tahu nak sedih ke gelak.

Cover image via @MASYlTAH (Twitter)

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang suka membeli barang secara online khususnya melalui Lazada dan Shopee

Bukan saja memudahkan anda, malah ia lebih murah dan menjimatkan masa kerana segala tempahan dan pembayaran dibuat secara dalam talian.

Namun, kadangkala ia agak menyedihkan apabila barang tersebut tidak seperti apa yang dijangka.

Sama seperti gadis ini yang tular di laman sosial Twitter apabila dia memuat naik videonya dengan kapsyen "cukup i'm not buying things online anymore".

Lihat video itu di bawah:

Serik beli barang online sebab dapat cermin 'ajaib'

Menerusi video berkenaan, gadis yang dikenali sebagai Masyitah itu kelihatan sedang merakam mukanya di hadapan cermin yang baru saja dibelinya di Shopee.

Namun, dia mendapat perhatian ramai apabila mukanya sebelum dan selepas video itu berubah sekelip mata sebaik saja dia mengalihkan kedudukan kamera telefon ke belakang.

"Cermin ni mmg ajaib kalau nak tahu sama la kita beli banyak beria sekali pasang nauzubillah macam alien muka" - Warganet

Susulan tularnya video Masyitah yang kini meraih 204,500 views, 6,600 retweets dan 14,000 likes di Twitter, rata-rata warganet terhibur dengan ciapan tersebut dan tidak dapat menahan ketawa melihat mukanya yang kelakar.

Malah ada yang menyamakan muka Masyitah dengan kartun Majin Buu dan The Grinch. Ramai juga yang menyangka itu adalah filter di Instagram.

Image via NOLA.com

Antara komen menarik daripada warganet:

Bagi yang nak beli barang online tu hati-hati tau. Baca review dulu okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: