seismik

[VIDEO] "Macam Teh Tarik!" - Lelaki Makan Biskut Siap Cicah Air Banjir Bikin Dekah Ramai

Tengah banjir pun sempat buat lawak bro ni, sempoi habis!

Cover image via @jameshairi (Twitter)

Banjir bukanlah suatu perkara asing lagi bagi rakyat Malaysia terutamanya setiap kali menjelang hujung tahun

Bagi mereka yang terpaksa menghadapi dugaan banjir ini perlulah bertabah kerana ada segelintirnya rumah dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

Namun, di sebalik kesedihan atas musibah yang menimpa, terdapat juga video-video lawak spontan daripada mangsa banjir yang menjadi hiburan untuk tatapan warganet.

Salah satunya adalah video yang viral di Twitter baru-baru ini apabila aksi seorang lelaki telah berjaya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba cicah biskut dengan air banjir, nasib baik tak makan betul-betul

Video tersebut yang kini meraih sehingga hampir 160,000 views, 7.400 retweets dan 8,600 likes di Twitter berjaya membuatkan warganet terhibur dengan aksi spontan lelaki itu.

Dia yang kelihatan sedang makan biskut sambil duduk di atas kerusi dan memandang tepi tingkap secara tiba-tiba mencicah biskut dengan air banjir lalu cuba untuk menyuapkan ke dalam mulutnya.

Mujur itu adalah gurauan semata dan dia juga dilihat turut ketawa dihujung video.

"Ni baru betul, makan biskut cicah air teh susu" - Warganet

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet yang quote ciapan itu ternyata terhibur dengan video berdurasi 10 saat tersebut.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Boleh pulak dia nak cicah biskut dekat situ. Ada saja idea nak buat content ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: