seismik

[VIDEO] Beria Main Air Banjir, Netizen Dekah Tengok Pak Cik Ini Terlangkup Macam Kura-Kura

"Nak gelak serba salah, nak kesian tapi tergelak pulak" - Netizen.

Cover image via @sopitmalu (TikTok)

Malaysia sememangnya sudah sinonim dengan cuaca hujan lebat dan banjir setiap kali tibanya hujung tahun

Lebih-lebih lagi di kawasan kampung, di mana air banjir cepat naik dan rumah mudah ditenggelami air kerana berdekatan dengan sungai.

Jadi, tidak hairanlah kalau kita nampak ramai yang seronok bermain air banjir walaupun ditimpa musibah.

Sama seperti video yang tular di laman aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang pengguna telah memuat naik video seorang lelaki yang sedang seronok bermain air banjir.

Namun belum sampai 10 saat, lain pula yang jadi sehingga video itu berjaya mencuri tumpuan netizen.

Lihat video itu di bawah:

Tengah syok main air banjir, sekali jatuh terlangkup macam kura-kura

Menerusi video berdurasi 4 saat itu, kelihatan pak cik tersebut sedang duduk dalam sebuah tangki air berwarna hitam dan cuba mengapungkan dirinya seperti berada di dalam sampan.

Dia kononnya seperti hendak mendayung menggunakan tangan sendiri, tetapi akhirnya gagal mengawal keseimbangan badan sebelum jatuh terlangkup ke dalam air banjir seperti kura-kura.

”Maaf pak cik, saya tergelak!” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini mendapat hampir 230,000 tontonan dan lebih 8,400 tanda suka di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu pak cik itu.

Mereka sempat menyamakan situasi tersebut dengan video ‘Abang Aziz Jatuh Bot’ yang pernah viral sebelum ini. Malah, ramai yang sempat meminta maaf kerana tidak dapat menahan ketawa bila melihat pak cik itu jatuh terlangkup dalam air.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai pak cik, itulah lain kali jangan seronok sangat ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: