Lelaki Ini 'Bengang' Sijil Degree Dimakan Kucing Kesayangan, Netizen Pula Datang Backup
"High taste kucing ni" - Netizen.
Jika kebiasaannya kucing selalu makan Whiskas dan ikan, tetapi lain pula kisah yang kami akan kongsikan ini kerana ianya agak rare!
Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna memuat naik sekeping foto sijil ijazahnya yang rosak.
Lelaki yang dikenali sebagai Afif Adlan itu mula naik angin apabila mendapati kucing peliharaannya telah memakan sijil ijazah yang diletakkan di atas meja belajarnya.
Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:
"Nama dia Mika, dan dia bukan Oyen"
Seperti mana yang kita tahu, kucing bernama Oyen sangat sinonim dengan telatahnya yang nakal dan sering menimbulkan kekacauan. Namun, Afif sempat memberitahu bahawa kucingnya bukan Oyen, dan ia berwarna hitam belang.
Di bawah bebenang ciapan berkenaan, Afif juga telah memuat naik gambar kucingnya itu selepas netizen menyuruh dia menunjukkan 'dalang' yang memakan sijil ijazahnya.
"Now you're definitely eduCATed" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih sehingga 42,000 retweets dan 200,000 likes di Twitter.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan telatah kucing Afif dan ada juga yang siap backup kucing tersebut.
Malah, ramai yang persoalkan kenapa sijil degree Afif tidak disimpan di tempat yang selamat dan tidak dilaminate.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi kisah sama tentang kucing mereka yang nakal dan pernah makan sijil seperti Mika.
Antara komen menarik daripada netizen: