[VIDEO] Gelagat Baby Nak Termuntah Lepas Kena Cium Dengan Ayah Buat Ramai Terhibur
Kecik-kecik dah pandai bergurau ya dik!
Setiap lelaki yang bergelar bapa pastinya mempunyai cara mereka sendiri untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak
Jika kebiasaannya kita sering melihat bapa sebagai seorang yang tegas dan serius sepanjang masa. Namun, ada kalanya mereka juga ingin bermanja dengan anak-anak.
Lain pula yang terjadi kepada seorang bapa ini apabila sebuah video yang dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok menunjukkan gelagat suaminya mencium anak mereka yang masih bayi menjadi tular.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Anak sampai nak termuntah selepas dicium ayah di bahagian mulut
Menerusi video berdurasi 14 saat itu, bayi tersebut menunjukkan reaksi seperti nak termuntah sebaik saja dicium ayahnya beberapa saat di bahagian mulut.
Apa yang lebih melucukan apabila si ayah siap membebel kata "woi, adik kurang ajar ingat mulut ayah mulut neraka" dengan nada jenaka.
Ayahnya kemudian sekali cuba untuk mencium anaknya itu dan reaksinya tetap sama seperti mahu termuntah.
"Mungkin papa dia makan petai" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat lebih 3 juta tontonan di TikTok, rata-rata warganet terhibur dengan telatah spontan dan comel bayi itu.
Ada yang sampai tengok video tersebut berulang kali kerana mereka berpendapat reaksi bayi itu kelakar seolah-olah faham dengan gurauan ayahnya.
Antara komen menarik daripada warganet: