seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Selamba Masuk Kedai Pakai Face Mask Anak, Cashier Struggle Tahan Gelak

"Kalau aku jadi cashier tu mampuih keras perut aku gelak" - Netizen

Cover image via @deeylarusly (TikTok)

Umum sedia maklum, setiap orang wajib memakai face mask ketika keluar rumah bagi mengekang wabak penularan Covid-19

Tidak kiralah tua ataupun muda, face mask sudah dikira sebagai peneman setia untuk ke mana-mana. Malah, jika seseorang itu tidak memakai face mask, dia akan dikenakan kompaun RM1,000.

Namun, baru-baru ini terjadi satu insiden kelakar kepada seorang lelaki yang tular di laman sosial TikTok.

Video berkenaan telah dirakam oleh isterinya ketika mereka sedang membuat bayaran di sebuah kedai serbaneka telah menarik perhatian ramai kerana lelaki itu memakai face mask anaknya gara-gara tertinggal kepunyaan sendiri di rumah.

Lihat video penuh di bawah:

@deeylarusly

@aiimeruljuanim pak hang buat malu ja dia masuk keta tgok balik muka dia baru perasan huduh nak mampoih gasakk piiii ##fyp ##covid2020 ##maskon

Happy Laughing - Sound Effect

Selamba rembat face mask anak, cashier terpaksa tahan gelak sebab takut customer marah

Ketika mereka sedang membuat bayaran, kelihatan dua orang cashier sedang menahan gelak manakala isteri lelaki itu sudah berdekah di dalam kedai sambil terus merakam gelagat suaminya.

Manakan tidak, memang terang-terang face mask itu bersaiz kecil dan tidak sesuai untuk dipakai oleh orang dewasa. Tetapi, aksi selamba lelaki itu telah membuatkan isterinya gelak sakan.

Kedua-dua orang cashier itu juga turut menahan gelak kerana tidak mahu nampak kurang sopan di depan customer.

"Kalau aku jadi cashier tu mampuih keras perut aku gelak" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat lebih 118,000 tontonan, rata-rata netizen yang meninggalkan komen berkata mereka terhibur dengan gelagat lucu lelaki itu yang selamba saja pakai face mask anak.

Ramai yang siap minta maaf kepada isteri lelaki itu kerana terpaksa gelak bila tengok video tersebut. Ada juga yang berkata kalau isteri orang lain mungkin sudah marah suami mereka kerana tidak patuh Standard Operation Procedure (SOP), tetapi tidak bagi isteri lelaki itu malah dia gelakkan perbuatan suaminya.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali jangan buat hal lagi ya, penat nak tahan gelak ni :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: