seismik

[VIDEO] Dituduh Over Pakai Contact Lens, Gadis Bermata Hijau Tampil Dedah Pengalaman Pahit

Bestnya ada mata original cantik macam ni!

Cover image via @_queenhalyma_ (TikTok)

Kebanyakan orang Asia mempunyai anak mata berwarna hitam atau coklat keperang-perangan

Jarang sekali dapat kita lihat seseorang itu mempunyai mata berwarna selain daripada hitam dan coklat.

Namun, berbeza pula dengan penampilan seorang gadis dari negara jiran ini apabila mata aslinya menjadi bualan ramai.

Menerusi satu video hangat yang tular di laman aplikasi TikTok, gadis yang mesra dipanggil Halyma telah mendapat perhatian warganet kerana dia memiliki sepasang anak mata original berwarna hijau hazel.

Tetapi, warganet malah mengutuknya kerana ramai yang tidak percaya itu warna asli matanya dan mereka menuduh dia memakai contact lens.

Di bawah merupakan video yang dimuat naik oleh Halyma:

Dilabel over pakai contact lens sehingga ramai yang berdebat tentang warna anak matanya

Menurut Halyma, dia juga berkongsi pengalaman dan kecaman yang sering dihadapinya di sekolah.

Tidak hanya itu, orang sekeliling termasuklah gurunya pernah mendakwa dirinya over kerana selalu memakai contact lens berwarna meskipun dia berulang kali menjelaskan itu adalah warna matanya yang asli. 

Halyma juga telah memuat naik videonya membalas komen kepada salah seorang warganet dan menyuruh mereka sendiri menilai sama ada anak matanya asli atau tipu

"Orang iri hati tu dik, mata kamu memang asli dan cantik" - Warganet

Susulan tularnya video Halyma yang meraih lebih 1.8 juta tontonan di laman sosial itu, ternyata ramai juga dalam kalangan warganet yang menyokongnya serta memuji dia beruntung kerana memiliki sepasang anak mata yang sangat cantik.

Malah, sesetengah warganet berpendapat bahawa mereka yang mengutuk dan menuduh dia memakai contact lens itu cumalah haters dan iri hati melihat kelebihan orang lain.

Antara komen menarik daripada mereka:

Tak kisahlah orang nak percaya atau tidak. Yang penting, mata dia memang cantik! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: