“Dulu Dikutuk Hitam & Gemuk” - Gadis Ini Dipuji Walaupun Dah Cantik Tapi Masih Tutup Aurat
Sekali dia transform, cantik habis!
Setiap orang pasti akan melalui fasa puberty iaitu perubahan dari segi penampilan dan wajah apabila meningkat dewasa
Kalau throwback zaman belajar, pasti akan ada perubahan pada wajah dan gaya masing-masing jika nak dibandingkan dengan sekarang.
Tidak terkecuali dengan dengan seorang gadis ini apabila dia memuat naik videonya di aplikasi TikTok baru-baru ini.
Gadis bernama Maisara itu memuat naik video dengan kapsyen 'ya saya tahu dulu saya buruk, tapi saya pun layak bahagia juga'.
Mesti anda tertanya-tanya kenapa kapsyennya sebegitu bukan? Lihat video itu di bawah:
Sedih sebab dulu dihina hitam, gemuk dan buruk oleh bekas kekasih, Maisara kini tampil dengan gaya baru dan semakin cantik
Video berdurasi 24 saat itu menunjukkan perubahan gaya dan wajah Maisara dulu dan sekarang. Menurutnya, dia sering dikutuk oleh bekas kekasihnya yang mengatakan dia buruk dan gemuk. Malah, dia juga dihina kerana tidak pandai dress up.
Kini, dia membuktikan dia juga boleh cantik seperti perempuan lain dan layak untuk bahagia. Dia nampak lebih confident dan mula dikenali ramai apabila video Glow Up Challenge itu tular.
Menjadi inspirasi ramai kerana masih mengekalkan imej muslimah dan menutup aurat walaupun sudah cantik
Ketika artikel ini ditulis, video itu kini sudah pun mendapat lebih 153,000 tontonan dan 18,400 tanda suka.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji Maisara kerana imej barunya masih menutup aurat seperti dulu.
Ini bermakna, Maisara tidak culture shock walaupun dia sudah jauh lebih cantik berbanding dirinya yang dulu dan ini secara tidak langsung menjadikan dia sebagai inspirasi gadis-gadis di luar sana.
Antara komen menarik daripada warganet di TikTok: