seismik

[VIDEO] Alami Sindrom 'Tourette', Gadis Ini Nekad Guna TikTok Untuk Spread Awareness

Ada yang pertama kali dengar tentang sindrom Tourette ke?

Cover image via @daylandalani (TikTok)

Sindrom Tourette adalah gangguan yang menyebabkan seseorang itu tiba-tiba melakukan gerakan atau ucapan berulang kali secara tidak sengaja yang disebut tic

Menurut sumber, penyakit ini biasanya bermula pada usia 2-15 tahun, dan lebih banyak terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Kebiasaannya, tic tidak bertahan lebih dari satu tahun. Namun, bagi mereka yang alami sindrom Tourette, tic berlangsung selama lebih dari satu tahun.

Baru-baru ini, tular satu video di laman sesawang apabila seorang pengguna Twitter berkongsi tentang seorang gadis yang bernama Alani. Dia adalah salah seorang penderita sindrom Tourette di Malaysia.

Bagi anda yang first time dengar dan tidak tahu apa itu sindrom Tourette, lihat video di bawah:

Memandangkan sindrom Tourette jarang berlaku di Malaysia, gadis itu menggunakan medium TikTok untuk memberi kesedaran kepada orang ramai

Menerusi video berdurasi 59 saat itu, Alani bercerita tentangnya yang mengalami sindrom Tourette dan tujuan dia memuat naik video itu adalah untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai yang masih belum tahu tentang sindrom ini.

"Hai! Nama saya Alani dan saya berumur 20 tahun. Saya ada Tourette syndrome. Saya tinggal di Malaysia dan yang sedihnya, Tourette syndrome bukan benda yang biasa berlaku di sini. Jadi, tujuan saya buat video di channel ini adalah untuk spread awareness. 

Tourette syndrome ni sangat sukar dan telah mengubah hidup saya. Ramai orang kata saya gila dan ada penyakit mental. Bagi korang yang tak tahu apa itu Tourette syndrome, ia adalah gangguan neurologi yang menyebabkan kita berkata atau buat sesuatu tanpa sedar," katanya.

Rata-rata netizen baru tahu tentang sindrom Tourette selepas video Alani tular di TikTok dan Twitter

Kebanyakan mereka memuji keberanian Alani yang ingin menyebarkan kesedaran tentang penyakit yang dialaminya dan mereka turut berkongsi drama yang pernah menceritakan tentang penderita sindrom Tourette ini.

Alani mendapat ribuan komen positif di TikTok dan juga Twitter. Netizen tidak mengecam, malah mereka mengajak orang ramai supaya ambil berat tentang sindrom ini dan mengingatkan supaya jangan mengejek penderita Tourette dengan mengatakan mereka gila atau sakit mental.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Jom sama-sama kita sebarkan kesedaran dan beri sokongan buat penderita Tourette Syndrome seperti Alani :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: