seismik

“Muka Tu Kena Sumpah Ke?” - Wanita Ini Nasihat Remaja Yang Ejek Tanda Lahir Di Mukanya

Cuba jaga perasaan orang lain bila bercakap tu.

Cover image via @aisybambam (TikTok)

Rupa paras dan fizikal setiap makhluk di muka bumi ini adalah ciptaan Allah SWT, termasuklah tanda lahir

Sesetengah orang memiliki tanda lahir tersembunyi di bahagian badan, ada juga yang mempunyai tanda lahir ketara contohnya di bahagian muka.

Namun, sebagai makhluk ciptaan-Nya, kita perlu bersyukur kerana setiap tanda lahir ataupun apa saja yang ada di muka atau badan kita pasti ada kelebihannya yang tersendiri.

Begitu juga dengan kisah wanita ini, di mana dia telah memuat naik videonya di TikTok membalas pertanyaan daripada seorang remaja yang mempersoalkan tanda lahir di bahagian mukanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aisybambam

Balas kepada @eiymaazzanieaisy semoga yg baik2 je ye utk adek ..

bunyi asal - Awek Kota

Mempunyai tanda lahir di muka bahagian kiri sejak kecil kerana gerhana bulan

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, wanita tersebut menjawab soalan remaja yang mengejek tanda lahir di mukanya dengan tenang. 

Menurutnya, tanda lahir di mukanya memang ada sejak kecil akibat gerhana bulan. Dia juga sempat menasihati remaja itu bahawa tidak baik berkata sebegitu kepada orang lain.

"Assalamualaikum. Adik, tak baik cakap macam tu tau. Muka akak ni tanda lahir daripada kecik, gerhana bulan. Tak baik tau cakap macam gitu, jahat mulut, jahat mulut... No no no," katanya.

"Semua ciptaan Allah. Janganlah komen bebukan, jagalah lisan" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga lebih 1 juta tontonan dan 78,000 tanda suka di TikTok, wanita itu dihujani komen daripada netizen yang memberinya kata-kata semangat serta jangan hiraukan tohmahan negatif orang yang mengejek tanda lahir di mukanya.

Mereka juga memberi ingatan buat orang lain supaya sentiasa jaga tutur bahasa bila keluarkan sesuatu perkataan kerana kita tidak tahu betapa sedihnya seseorang itu apabila diejek fizikal atau rupa parasnya.

Wanita itu juga dipuji netizen kerana cara dia menjawab soalan daripada remaja yang persoalkan tanda lahir di mukanya itu dengan tenang dan tidak melatah atau marah.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ingat guys, sebelum cakap apa-apa, pastikan ayat kita tu tak sakitkan hati orang lain ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: