seismik

[VIDEO] Sebab Selekeh Suami Curang, Wanita Ini Nekad Berubah Jadi Cantik Persis Anak Dara

Bukan mudah nak kekal cantik sentiasa ya.

Cover image via @mutiarapriza20 (TikTok)

Menjadi seorang ibu bukanlah senang, penampilan diri sering tak terjaga kerana penat menguruskan hal anak siang malam

Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu belum bersedia untuk bergelar seorang ibu. Namun, rezeki anak ini adalah ketentuan Allah SWT. Siapa kita untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan.

Bagi mereka yang pertama kali melahirkan anak, pasti sukar untuk biasakan diri dengan gaya hidup baru yang sudah pasti tidak sama seperti kehidupan seharian yang dulu. Suami pula haruslah memberi isteri sokongan dan sama-sama bantu dalam hal menguruskan anak. 

Tetapi berbeza pula dengan kisah wanita ini yang tular di laman sosial TikTok. Dia telah berkongsi perjalanan hidupnya sebelum dan selepas kahwin, di mana dia ditinggalkan suaminya kerana tidak lagi cantik seperti dulu dan penampilan diri yang tidak terurus.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@mutiarapriza20

Seperti ujian naik kelas, kadonya luar biasa ya Allah !

original sound - Anggi Dnps

Penat jaga anak sampai tak terurus, tapi diam-diam suami bermain kayu tiga

Di dalam video yang berdurasi hampir 1 minit tersebut, wanita bernama Mutiara itu sedih apabila mendapat tahu suaminya curang, sedangkan dia berusaha sebaik mungkin untuk jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk keluarga kecilnya.

"Selepas berkahwin, aku tak ada masa nak uruskan diri. Uruskan anak je 24 jam, buat business online, kurang tidur. Rasa macam nak nangis dan stress sangat masa tu. Aku cuba tunjuk kuat depan dia, tapi ternyata dia pula bermain kayu tiga belakang aku. 

"Sakit sangat, rasa macam memperjuangkan benda yang kosong. Aku rela buat apa saja untuk dia, padahal aku dari keluarga yang broken. Impian aku nak berkahwin dan bahagia dengan keluarga kecil ni. Tapi semua hanya mimpi," katanya.

Nekad untuk berubah, akhirnya Mutiara kembali kurus dan cantik seperti sebelum kahwin dulu. Malah, dia kini nampak lebih bergaya.

Setelah ditinggalkan suaminya, Mutiara sedar yang tidak ada gunanya kalau dia terus bersedih dan dia harus menghargai dirinya sendiri dari orang lain.

Maka, transformasi Mutiara yang baru telah mengubah hidupnya menjadi lebih bahagia dan perniagaan onlinenya semakin berjaya. Dia lakukan itu semua bukan suka-suka, tetapi demi anak yang tersayang. 

"Wanita berlian akan tetap terlihat berlian setelah dibuang. Berlian berkelas" - Netizen

Susulan tularnya video Mutiara yang meraih sehingga 4 juta tontonan dan lebih 424,800 tanda suka di TikTok, dia dihujani pelbagai komen daripada netizen dan kebanyakan mereka menjadikan kisah hidupnya sebagai inspirasi untuk terus kuat menghadapi dugaan yang datang.

Antara komen menbarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat beri pengajaran buat semua pasangan di luar sana untuk hargai satu sama lain :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: