Staff 'Usha' Pelik Bila Masuk Butik Pakai Selipar, Lelaki Ini Pesan Jangan Pandang Rendah
Tak semestinya outfit biasa-biasa tak ada duit ya. Take note!
Mesti ada di antara kita yang pernah dapat bad service dekat butik dalam shopping mall kan?
Sakit juga hati kadang-kadang bila kita tengah excited nak beli sesuatu barang tapi bila masuk butik, layanan yang diberi macam nak tak nak.
Lebih-lebih lagi kalau kita berpakaian biasa dan pekerja dalam butik 'usha' atas bawah macam kita tak mampu nak beli barang dekat situ.
Begitu juga dengan video tular yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi TikTok ini, di mana dia berkongsi moment ketika shopping di butik branded di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan berpakaian biasa serta berselipar.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Gara-gara hanya berpakaian biasa dan selipar, dia tidak dilayan oleh pekerja butik-butik mahal tersebut
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat lebih 728,000 tontonan di TikTok, remaja lelaki itu juga sempat memberi sedikit 'nota kaki' untuk semua pekerja butik branded.
"Aku pergi KLCC pakai selipar. So bila aku masuk kedai-kedai tu, semua tak nak layan. So, semua kedai yang tak layan aku, semua aku beli barang dia.
Korang jangan pandang rendah dekat orang yang setakat pakai bodoh-bodoh tapi tak boleh beli barang-barang macam ni. Korang pun boleh beli," katanya.
"Bad customer service = no sale. That's me," - Netizen
Rata-rata netizen geram dengan layanan yang diberikan kepada remaja lelaki itu, seolah-olah tidak respect kepada pelanggan. Malah, ada di antara mereka juga pernah mengalami situasi yang sama.
Tetapi, ada juga yang berkata itu hanyalah teknik marketing butik mahal untuk tarik pelanggan supaya rasa tercabar dan akhirnya beli barang mereka dan pekerja dapat sales.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok: