seismik

Turun 10KG Dalam Masa 2 Bulan, Gadis Ini Kongsi Tips Diet Paling Mudah Untuk Beginner

Korang kena cuba semua tips ni okay!

Cover image via @izzahhazwaniii (Twitter)

Semua wanita pasti pernah melalui proses kuruskan badan untuk nampak lebih cantik dan yakin bukan?

Image via Gempak

Senang cerita, siapa je yang tak nak kurus dan cantik. Tetapi, bukanlah bermaksud jika anda mempunyai saiz badan yang besar, anda tidak cantik ya.

Cantik itu adalah subjektif. Dalam dunia ni, semua orang cantik dengan cara yang tersendiri. Cuma, kita hanya perlu yakin dengan keterampilan diri masing-masing supaya dapat menaikkan lagi confident level kita.

Baru-baru ini, seorang gadis telah memuat naik gambarnya sebelum dan selepas diet di laman sosial Twitter. Menariknya, dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) dalam masa hanya 2 bulan. Wow! Macam mana dia buat tu?

Lihat ciapan gadis tersebut di bawah:

Perubahan ketara pada saiz muka dan badannya telah menarik perhatian warganet sehingga ciapan itu mendapat lebih 16,000 likes dan 3,300 retweets

Sepertimana yang kita semua tahu, proses untuk menurunkan berat badan bukanlah senang. Seseorang itu perlu ada tahap kesabaran yang tinggi dan semestinya kena nekad. Barulah semangat untuk diet itu dapat diteruskan demi mencapai berat badan yang diingini.

Menurut gadis bernama Izzah Hazwani atau mesra dipanggil Izzah itu, dia tidak skip makan dan dia tidak mengamalkan diet yang terlalu tegas kerana risau tertekan.

"I breakfast biasa nya makan roti wrap gardenia, takpun roti wholemeal gardenia. Letak telur salad or conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang or apple.

10am tu biasa nya time snacking amek buah2, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese tu ke ha. Tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha. Lunch biasa nya I tak tggl nasi. But small portion. satu senduk je.

Lebih kan lauk and sayur. I amalkan makan suku suku separuh and kalau boleh jgn makan malam atas pukul 8 tu. Sebab perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur tu.

Exersice I buat jugak. Tapi I pilih exercise yang I rasa happy nak buat. Jangan pressure kan diri. I minum air masak banyak. Atleast 3 litre. If malam tu I ambik green tea or minum air limau suam tanpa gula," katanya.

Ramai yang menjadikan Izzah sebagai inspirasi dan turut memberi pujian kerana mukanya tetap cantik dan comel baik sebelum atau selepas kurus

Menurut Izzah, dia sangat gembira kerana telah mencapai berat yang dia inginkan selama ini. Hasil daripada semua tips yang diamalkan olehnya, dia kini nampak lebih bergaya dan yakin setelah berjaya turunkan berat badan dari 55kg kepada 45kg dalam tempoh 2 bulan.

Hasil tinjauan ke ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan semangat Izzah yang nekad untuk kurus. Tak kurang juga, ramai gadis yang berkata mereka mula naik berat badan sejak duduk di rumah dari bulan Mac lalu dan tidak tahu bagaimana mahu kurus sebab tak boleh jaga pemakanan.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

So girls, jom ikut tips yang Izzah share ni. You can do this!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: