seismik

Kucing Ini Hilang Selama 3 Hari, Tapi Selepas Balik Rumah Lain Pula Yang Jadinya

Tak tahu nak marah ke nak gelak sebab comel!

Cover image via @@changpuaksiam (Facebook)

Kalau sebelum ini tular kisah kucing bernama Oyen kena bebel dengan tuan sebab merayap, kali ini lain pula kisahnya

Baru-baru ini, seekor kucing di Thailand telah viral kerana hilang selama tiga hari dan tiba-tiba pulang ke rumah tuannya dengan satu 'kejutan'.

Kucing gebu berwarna kelabu hitam itu dikatakan balik dengan muka yang tak bersalah siap bawa nota yang digantung di lehernya.

Kemunculan kucing yang hilang itu telah dikongsi sendiri oleh tuannya di Facebook dengan kapsyen “Gone for three days and returned with debt. #catslaves”.

Rupa-rupanya, nota tersebut adalah harga 3 ekor ikan yang kucing itu makan di sebuah gerai

Nota di lehernya dikatakan tertulis yang kucing tersebut perhatikan ikan di gerai, jadi pemilik gerai di lorong nombor 2 yang bernama Aunty May telah memberinya tiga ekor ikan.

Ramai yang memuji tindakan Aunty May kerana masih mengambil berat dan simpati terhadap kucing itu yang lapar.

Alahai, macam-macam ragam kucing ni ya. Sudah la hilang, balik rumah buat surprise pula. Nasib baik comel. 

Kalau kucing korang hilang lepastu balik bawa hutang, korang nak marah ke kesian? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: