seismik

[VIDEO] “Comelnya Dia Promote!” - Penjual Apam Balik Van Putih Ini Curi Perhatian Ramai

Tiba-tiba rasa nak makan apam balik coklat, yummy!

Cover image via @Aiiman_zaid (Twitter)

Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat ramai yang mencari rezeki dengan pelbagai cara dan tidak kira waktu

Baru-baru ini, tular di Twitter di mana seorang remaja lelaki telah memuat naik satu video berdurasi 10 saat ketika dia sedang merakam sebuah van putih yang lalu di depan rumahnya sambil menjual apam balik dan roti kukus.

Menariknya, penjual di dalam van putih tersebut menggunakan hailer untuk mempromosikan apam balik dan roti kukus yang dijualnya. 

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Video itu telah mendapat perhatian ramai sehingga mencecah lebih 17,000 retweet dan lebih 15,000 tanda suka ketika artikel ini ditulis

Video itu tular kerana netizen tertarik dengan suara penjual apam balik itu yang dikatakan comel dan sopan.

Senang cerita, daripada tak lapar boleh jadi teringin nak makan apam balik sebab dengar suaranya yang sopan itu. Pelanggan nak beli pun seronok kalau servis yang diberi sebagus ini.

Rata-rata komen daripada netizen memuji cara remaja lelaki itu mempromosikan apam balik dan roti kukusnya yang kreatif dan masih gigih mencari rezeki dalam keadaan pandemik sekarang.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Siapa yang ada ternampak abang apam balik van putih ini jangan lupa untuk support bisnes dia ya! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: