seismik

[VIDEO] “Ingatkan Lelaki” - Gadis Ini Tak Kisah Dikecam Walaupun Bermisai & Kening Tebal

Janganlah kecam, dia cantik dengan cara dia sendiri okay!

Cover image via @niarfarahilah30 (TikTok)

Masalah kulit muka selalu menjadi punca utama kurang keyakinan dalam diri, terutamanya bagi wanita

Seperti contoh, kita selalu rasa insecure bila muka naik jerawat banyak atau cepat breakout. Terus rasa tidak confident nak keluar rumah bukan?

Namun, itu adalah common problem. Sebenarnya dari sudut lain, sesetengah wanita mengalami masalah muka yang lebih teruk seperti mempunyai misai dan kening yang tebal.

Begitulah kisah yang dialami seorang gadis dari Indonesia yang telah tular di TikTok baru-baru ini, apabila dia mendapat soalan berbaur sindiran daripada netizen yang bertanya sama ada dia lelaki atau perempuan.

Lihat salah satu video yang dimuat naik oleh gadis bernama Niar Farahilah itu:

Disindir tentang jantinanya kerana ada misai dan berkening tebal seperti lelaki

Masalah bulu lebat pada wajah atau lebih dikenali sebagai hirsutism kebiasaannya terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti kitaran haid yang tidak stabil, berat badan yang naik ataupun pengambilan pil tanpa rujuk pakar.

Walaupun mempunyai misai yang kelihatan jelas seperti lelaki dan berkening tebal, itu sama sekali tidak menjadi sebab untuk gadis itu down dengan kekurangan pada dirinya.

Niar Farahilah tetap yakin dengan kecantikan asli dirinya di depan camera. Ditambah pula dengan make-up pada mukanya, gadis itu tidak kisah dan bersikap selamba saja walaupun ramai yang menyangka dia adalah seorang lelaki.

Lihat video Niar menjawab salah satu soalan daripada netizen:

"Cantik, misai tu seksi. Saya suka" - Netizen

Melihat Niar yang selamba dan tidak kisah dengan kecaman netizen, dia mula mendapat perhatian dan pujian ramai kerana sikapnya yang humble serta tidak mudah melatah dengan sindiran orang.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Setiap orang cantik dengan cara masing-masing. Jangan cepat insecure okay :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: