seismik

[VIDEO] "Sweet BerTikTok" - Ramai Keliru & Tak Percaya Bila Tahu Status Sebenar Wanita Ini

Ish, biar betul?

Cover image via @_generaljoe (TikTok)

Aplikasi TikTok kini bukan hanya popular dalam kalangan remaja, malah orang berusia juga sudah mula pandai berTikTok

Tidak terkecuali dengan seorang wanita ini yang viral selepas muncul dalam beberapa video bersama seorang remaja lelaki di TikTok.

Aksi sweet mereka telah mengundang tanda tanya netizen tentang status wanita itu yang kelihatan sangat cantik dan muda. Rata-rata netizen menganggap dia merupakan girlfriend kepada remaja lelaki yang dikenali sebagai Joe itu.

Lihat antara video TikTok mereka berdua di bawah:

@_generaljoe

Umi tak biasa sangat dengan tiktok ni tpi kalini kita paksa dia utk join IG : official_generaljoe road to 200K ##fyp ##autofyp ##foryoupage

original sound - Haikal Joe

Rupa-rupanya, wanita itu adalah ibu kepada Joe atau lebih mesra dipanggil umi

Susulan tularnya video-video Joe bersama wanita itu, barulah netizen tahu bahawa mereka merupakan anak beranak selepas membaca kapsyen di video Joe.

"Umi tak biasa sangat dengan TikTok tapi kalini kita paksa dia untuk join," katanya.

"Cantiknya umi, ingatkan isteri tadi" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen, Joe dan uminya dihujani pelbagai reaksi positif dan ternyata ramai yang terkejut wanita yang disangka girlfriend rupa-rupanya ibu kandung Joe sendiri.

Menurut Joe, uminya itu sudah pun menjangkau usia sekitar 40-an, dan itu membuatkan netizen memuji kecantikan dan awet muda uminya yang nampak sebaya dengan anak.

Ada yang sempat berseloroh dengan Joe sampai bertanya adakah dia mahukan ayah tiri kerana terpikat dengan kecantikan uminya itu.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Teringin juga nak tahu apa rahsia awet muda umi Joe ni ya? Share please :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: