seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Menari TikTok Lagu Iklan Beras Cap Rambutan, Siap Buat Muka ‘Kering’

Tak sia-sia menari, siap dapat beras free!

Cover image via @ujangbingbong (TikTok)

Sekitar era 1990-an, beberapa lagu iklan di televisyen telah menjadi kegemaran kanak-kanak antaranya seperti Adabi, Beras Cap Rambutan dan banyak lagi

Image via Adabi

Malah, sehingga hari ini lagu-lagu tersebut masih dimainkan dan setiap lirik dan melodinya boleh diingat dengan jelas.

Ini bermakna, cara syarikat-syarikat seperti Adabi dan Beras Cap Rambutan menggunakan lagu sebagai strategi marketing adalah sangat berkesan kepada pengguna.

Baru-baru ini, tular di media sosial kegemaran ramai iaitu TikTok apabila seorang remaja lelaki telah mencipta tarian sendiri dengan menggunakan lagu tema Beras Cap Rambutan sebagai background music.

Lihat video penuh itu di bawah:

Video tersebut berjaya mencuri tumpuan ramai kerana muka remaja lelaki itu yang 'kering' semasa menari dari awal hingga habis lagu

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, remaja lelaki yang dikenali sebagai Jani hanya memuat naik video tersebut secara suka-suka dan tidak sangka ianya akan viral.

Dia yang memakai pakaian lengkap berbaju melayu dan kain pelikat serta bersongkok, tidak senyum atau sengih pun semasa menari lagu Beras Cap Rambutan itu.

Sehingga kini, video itu telah meraih 1.7 juta tontonan dan lebih 7,500 komen daripada netizen. Malah, Jani juga menerima direct message daripada syarikat beras tersebut dan siap dapat beras free!

Terbaharu, Jani juga telah memuat naik videonya menari lagu iklan Adabi pula atas permintaan ramai

@ujangbingbong

iklan jap dc: @mannysazali terbaikkk

Iklan Adabi - Manny

"Brings back memories betul la lagu ni" - Netizen

Video berkenaan ternyata telah meraih perhatian daripada netizen kerana mereka berpendapat Jani menghasilkan content yang kreatif dan mungkin akan menjadi trend baru dalam TikTok.

Tambahan pula, reaksi muka Jani yang memainkan peranan semasa menari itu membuatkan ramai terhibur.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terus melekat lagu Beras Cap Rambutan dalam kepala, semua salah Jani :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: