seismik

“Apa Yang Penting? Kerjasama” - Aksi Anjing Pijak Ayam Nak Ambil Makanan Undang Tawa Ramai

"Kes buli semakin menjadi-jadi" - Warganet

Cover image via @AnimalsWorId (Twitter)

Sepertimana yang kita tahu, anjing merupakan haiwan yang sangat terkenal dengan sifat bijaknya

Kadangkala haiwan ini menunjukkan telatah nakal dengan membuli haiwan-haiwan lain yang terdekat. Pasti pening kepala si tuan hendak menjaganya.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video seekor anjing yang dikatakan membuli ayam telah menarik perhatian ramai di laman Twitter milik @AnimalsWorld.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan beberapa ekor anjing dan seekor ayam berada di dapur belakang sebuah rumah seperti sedang mencari makanan.

Apa yang lebih menghiburkan, apabila tindakan seekor anjing memijak badan seekor ayam untuk mengambil makanan di atas meja.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Lebih menghairankan apabila si ayam tidak mahu berganjak langsung seolah-olah ia sudah biasa menolong anjing itu setiap kali menikmati makanan

Video berkenaan kini telah mencecah 310,700 tontonan dan 4,100 likes di Twitter, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat haiwan-haiwan itu.

Malah, mereka menganggap anjing dan ayam itu pintar kerana saling bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Sabar je tengok si ayam bila kena tunggu anjing habis makan. Bolehlah gilir-gilir pula lepas ni ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: