“Ingatkan 20 Tahun, Rupanya...” - Nenek Ini Viral Selepas Dianggap Awek Anak Sendiri. Wow!
"While me 23 but looked like 53" - Netizen.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah orang memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda walaupun sudah berusia
Antara faktornya adalah seperti keturunan, sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang sihat.
Begitu juga dengan kisah wanita berusia 53 tahun ini yang tular di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna bernama @brgsjks telah memuat naik beberapa keping gambarnya dengan kapsyen "Ingatkan 20 tahun. Rupanya dah 53 tahun. Takde langsung tanda-tanda kenenekkan ye".
Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:
Walaupun sudah masuk 50-an, wajah dan tubuh badan wanita itu kelihatan persis anak dara
Apa yang lebih mengejutkan, wanita ini juga sudah bergelar seorang nenek dan mempunyai cucu. Malah, dia sering dianggap kekasih kepada anaknya sendiri apabila memuat naik gambar bersama.
Rupa-rupanya, kunci utama wanita yang dikenali sebagai Puspa Dewi itu berjaya mengekalkan penampilannya seperti orang muda adalah kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senam erobik sejak zaman remaja lagi.
Maka, tidak hairanlah jika Puspa Dewi sentiasa kelihatan awet muda dan cantik berseri. Tambahan pula, dengan gaya pemakaiannya juga tidak ubah seperti orang muda.
Malah, rata-rata netizen juga kagum dengan kecantikan Puspa Dewi dan menjadikan dia sebagai inspirasi mereka untuk memulakan gaya hidup sihat
Hasil tinjauan di ruangan komen di ciapan tersebut yang sehingga kini mencecah 24,000 likes dan 9,100 retweets, Puspa Dewi dihujani pujian daripada netizen kerana dia nampak lebih muda dari umur sebenarnya.
Ramai juga yang tidak menyangka umurnya sudah 53 tahun dan ada yang berkata walaupun mereka berumur 20-an, mereka nampak seperti 50-an.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter: