seismik

[VIDEO] Isteri Tak Mampu Bagi Hadiah Mahal, Tapi Reaksi Cik Abang Pula Dapat Pujian Ramai

Alahai soft spoken betul suami dia, untungnya si isteri.

Cover image via @yaya_aya202 (TikTok)

Lumrah bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin, pasti ingin memberikan yang terbaik dalam rumah tangga masing-masing

Kadangkala, kita tidak semestinya perlu menghadiahkan barang-barang yang mahal buat pasangan. Asalkan niat kita ikhlas dan tunjukkan effort sepenuhnya, pasti suami atau isteri akan menghargai apa jua pemberian daripada kita.

Sama seperti kisah yang tular di laman aplikasi TikTok ini apabila perkongsian video daripada seorang wanita mendapat perhatian ramai.

Lihat video yang dimuat naik oleh wanita bernama Yaya tersebut di bawah:

@yaya_aya202

bila suami bahagia, isteri juga turut bahagia..surprise suka2 untuk suami..tak mahal, tak apa, asalkan kita ikhlas memberi mmg suke surprise##fyp

bunyi asal - YayaAya

Buat surprise bagi 10 helai baju, suami non-stop cakap terima kasih dan doakan isteri murah rezeki

Menerusi video berdurasi 2 minit 41 saat itu, Yaya telah membuat kejutan untuk suaminya yang kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumah.

Dia kemudian datang ke arah suaminya dan memberikan sebungkus parcel Poslaju membuatkan suaminya kelihatan terkejut dan teruja untuk membuka bungkusan itu.

"Sayang ada belikan abang something. Bukak lah. Barangnya tak mahal, tapi sayang ikhlas bagi abang," katanya.

Yaya menyuruh suaminya mengira berapa jumlah baju yang dia bagi dan suaminya terus kira satu per satu. Malah, reaksi muka suaminya jelas nampak bahagia dan menghargai pemberian daripada isteri tercinta.

"Bagus hargai pemberian isteri, soft spoken. Semoga kekal ke jannah korang berdua" - Warganet

Video tular itu sehingga kini meraih lebih 92,000 tontonan dan hampir 5,000 tanda suka di TikTok.

Suami Yaya dipuji ramai kerana cara percakapannya yang lemah lembut dan tidak putus-putus ucapkan terima kasih kepada isterinya tanda dia menghargai hadiah itu walaupun tidak mahal.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua dan ada juga yang berharap untuk mempunyai suami seperti suami Yaya.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Siapa je yang tak nak suami soft spoken macam ni kan? Semoga Yaya dan suami kekal bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: