seismik

[VIDEO] Viral Remaja Perempuan Buat Suara Doraemon Masa Drive Thru, Abang McD Gelak Sakan

Sebijik suara Doraemon!

Cover image via @shafnaufas_ (TikTok)

Doraemon merupakan kartun kanak-kanak yang kegemaran ramai dalam semua golongan usia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Doraemon Wiki

Siri kartun tersebut telah menceriakan hari-hari kita dari dulu hinggalah sekarang kerana watak-wataknya yang menghiburkan seperti Doraemon, Suneo dan Giant sentiasa memaparkan kisah lucu.

Baru-baru ini tular mengenai satu video yang telah mengundang tawa ramai apabila sekumpulan remaja mengacau pekerja McDonald's semasa membuat pesanan melalui drive thru.

Lihat video penuh di bawah:

Spontan buat suara Doraemon semasa order sampai abang McD 'mengekek' gelak

Menerusi video tersebut, remaja lelaki itu sedang merakam kawan perempuannya ketika sedang membuat pesanan.

Mereka merancang misi untuk mengacau abang McD dan tidak sangka apabila kawannya meniru suara Doraemon sambil berkata "sundae cone satu", abang McD pun turut tergelak kerana suaranya yang sebiji sama dengan Doraemon.

Malah, mereka sendiri tidak dapat menahan ketawa dan terus berdekah di dalam kereta sebaik saja habis membuat pesanan.

"Weh aku tengah nangis, nampak ni aku terus gelak haha thanks tau" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun mendapat hampir sejuta tontonan dan lebih 126,400 likes di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen yang mencecah lebih 2,300, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka yang nakal mengacau abang McD tersebut.

Namun, ada juga yang berkata aksi spontan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa penat pekerja McD dengan menghiburkan mereka.

Ada juga yang request sambungan video itu untuk melihat reaksi abang McD selepas dikacau.

Antara komen menarik daripada netizen:

Menjadi betul dia tiru suara Doraemon ya. Agak-agak suara kartun apa lagi dia boleh tiru? :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: