seismik

[VIDEO] Terpaksa Cabut Stiker Nombor Plat ‘Bossku’, Reaksi Remaja Ini Bikin Dekah Netizen

Comel pula tengok dia menangis beria macam tu.

Cover image via @jejakasederhana (TikTok)

'Mat motor' adalah gelaran yang biasanya kita panggil untuk kumpulan remaja yang suka mengubahsuai motosikal tanpa mengikut undang-undang

Mereka sering melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar syarat jalan raya seperti 'merempit' dan modify motor termasuklah meletakkan nombor plat yang bukan-bukan pada kenderaan mereka.

Namun, cerita 'mat motor' kali ini agak berbeza dengan cerita-cerita lain kerana video yang tular di laman popular TikTok ini telah membuatkan ramai gelak sakan!

Baru-baru ini viral seorang remaja lelaki ditahan dan didenda polis kerana menggunakan nombor plat 'Bossku' pada motornya. Dia kemudian disuruh mencabut stiker nombor plat tersebut dan reaksinya adalah sangat tidak disangka.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suka hati ubah suai nombor plat, tak pasal-pasal meraung kena sakat dengan abang polis

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 10 saat tersebut, remaja lelaki itu mula menangis apabila polis menyuruhnya mencabut stiker nombor plat 'Bossku' pada motor kesayangannya.

Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja salah seorang anggota polis berkenaan memeluknya dari belakang, dia dengan serta merta meraung kuat dek kerana sedih dan ketakutan. 

Melihat dia dalam keadaan seperti itu, pihak polis meneruskan lagi misi menyakat remaja lelaki itu dan akhirnya mereka menenangkannya dan berkata "dah, dah. kita kacau je. senyap, senyap."

"Kekadang polis nak hiburan jugak, habis kenakan budak tu sampai nangis" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.5 juta tontonan, 141,700 tanda suka di TikTok dan lebih 4,000 komen di TikTok.

Rata-rata netizen terhibur dan dalam masa yang sama merasa kesian dengan remaja lelaki itu. Mereka berpendapat reaksinya comel apabila meraung sakan selepas dipeluk abang polis.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali jangan sesuka hati buat nombor plat Sdn. Bhd. ya dik :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: