seismik

[VIDEO] Akibat Sakan ‘BerTikTok’, Remaja Lelaki Ini Tergelincir Dari Tingkat 7. Seriau!

Nasib baik kawan dia sempat tolong, kalau tak...

Cover image via @oohrezabae (TikTok)

Golongan remaja merupakan pengguna utama aplikasi TikTok dengan kebolehan mereka menghasilkan video-video yang kreatif

Walau bagaimanapun, kadangkala keghairahan mereka ingin mengejar populariti dalam laman sosial itu selalu mendorong mereka untuk membuat TikTok di merata tempat tanpa memikirkan soal keselamatan.

Baru-baru ini tular di TikTok seorang remaja lelaki tergelincir dari tingkat 7 sebuah bangunan ketika dia dan kawannya merakam video mereka.

Namun belum sempat mereka menari, remaja lelaki yang memakai baju berwarna merah telah melangkah ke belakang sebelum dia tergelincir dan hampir jatuh ke bawah.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tergelincir dari tingkat 7, mujur sempat berpaut dan kawan tolong selamatkan keadaan

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, remaja berkenaan dilihat tergelincir sebelum sempat berpaut pada bahagian tepi bangunan dan kawannya sempat menahannya daripada jatuh.

Ketika artikel ini ditulis, video itu sudah meraih 12.4 juta tontonan dan 1.8 juta tanda suka di TikTok. Aksi berbahaya itu juga telah menarik perhatian netizen yang seriau melihat situasi remaja lelaki berkenaan yang hampir jatuh dan boleh menyebabkan kematian.

"Jantung automatik jadi laju" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen lega kerana remaja lelaki itu terselamat dan mujur tidak berlaku apa-apa yang serius.

Mereka juga sempat memberi peringatan buat mereka supaya lain kali lebih berhati-hati memilih tempat untuk merakam video TikTok dan utamakan keselamatan diri.

Tetapi, ada juga yang seperti tidak percaya dengan video tersebut kerana mereka berpendapat itu hanyalah content remaja berkenaan untuk meraih publisiti semata-mata.

Antara komen menarik daripada netizen:

Kalau ya pun nak buat TikTok, janganlah buat dekat tempat yang bahaya. Nyawa tak boleh ditukar ganti :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: