seismik

[VIDEO] Gadis Ini Tahan Malu Bila Member 'Prank' Nyanyi Lagu Happy Birthday. Lawak!

Aduh, parah dapat member kaki prank ni!

Cover image via @elfucir (Twitter)

Dalam friendship, pasti ada di antara kawan kita yang suka mengenakan orang lain atau senang cerita sering membuat prank

Lebih-lebih lagi jika melibatkan hari jadi salah seorang daripada kawan dalam sesebuah geng itu. Kebiasaannya, prank akan dirancang secara senyap-senyap sebelum hari jadi yang sepatutnya.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila videonya diprank oleh kawan-kawan tular di laman sosial Twitter beberapa hari lalu.

Difahamkan, hari jadinya sudah lepas pada bulan Julai lalu, tetapi dia terkejut apabila tiba-tiba lagu ‘happy birthday’ mula dinyanyikan untuknya semasa mereka sedang lepak di kedai.

Lihat video penuh di bawah:

Terpaksa tutup muka tahan malu bila satu kawasan kedai join kawan-kawan nyanyi lagu happy birthday

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu, gadis tersebut pada mulanya sedang berselfie dengan kawan di sebelahnya sebelum lagu happy birthday dimainkan.

Tiba-tiba, live band di kedai itu mula menyanyi bersama kawan-kawannya sambil salah seorang daripada mereka merakam reaksi gadis tersebut.

“Bukan, bukan... Bukan aku, bukan aku! Bukan, sumpah bukan...” katanya berulang kali.

Dia yang terkejut dengan prank itu spontan gelak dan menutup muka dengan face mask akibat malu dikenakan depan orang ramai.

Di hujung video itu, gadis tersebut akhirnya dengan muka pasrah turut join kawan-kawannya menyanyikan lagu hari jadinya sambil menepuk tangan dan ketawa.

"Halfway through the song dia give up tu paling lawak!” - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 267,000 views, 2636 retweets dan 8,600 likes di Twitter.

Rata-rata warganet turut terhibur dengan reaksi gadis itu dan mereka sempat mengimbau kenangan bersama kawan masing-masing yang perangai gila-gila sama seperti kawan gadis itu.

Antara komen menarik daripada warganet:

Korang pernah kena prank macam ni juga ke?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: