seismik

[VIDEO] “Macamlah Faham Sangat” - Kucing Ini Seronok Layan Kartun Sampai Teleng Kepala

Badan dengan selimut dah sama colour. Ish comel betul!

Cover image via Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? (Facebook)

Pernah tak anda nampak kucing tengok cerita kartun seolah-olah faham dengan jalan cerita itu?

Kucing terkenal dengan sifat comel dan nakal, namun mereka juga merupakan haiwan yang sangat bijak dan cepat belajar dengan apa yang mereka lihat di sekeliling.

Sama juga seperti perkongsian yang tular di group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini? apabila seorang pengguna bernama Fiffy Joy telah memuat naik satu video seekor kucing berwarna kelabu yang sedang melayan cerita kartun di laptop milik tuannya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Syok sangat dan khusyuk layan kartun sampai terteleng kepala

Menerusi video berdurasi 13 saat tersebut, kelihatan kucing comel itu sedang menonton sebuah cerita kartun Jerman di laptop tuannya sambil duduk atas sofa. 

Namun apa yang melucukan adalah apabila ia begitu khusyuk melayan kartun seolah-olah faham dengan cerita itu sehingga kepalanya terteleng ke kiri.

"Baik pergi cek mata dik, takut rabun tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.4k likes, 683 shares dan hampir 300 comments di Facebook.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel dan spontan kucing gebu itu kerana gayanya macam orang dewasa saja. Ada juga yang berkata mungkin kepalanya teleng kerana gigih nak fahamkan perbualan kartun Jerman tersebut.

Antara komen menarik daripada netizen:

Alahai, focus sangat tengok kartun sampai tak sedar kepala senget ya meow :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: