seismik

[VIDEO] Lirik Yang Kreatif & Mudah Terhibur, Lagu Raya Versi PKP Ini Curi Tumpuan Warganet

"Tak pasal-pasal auto sing along!" - Warganet.

Cover image via @IBCIG (Twitter)

Rakyat Malaysia sememangnya mudah terhibur dengan melihat video-video viral di laman sosial

Lebih-lebih lagi sekarang kita sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua dan majoriti rakyat semua berada di rumah. Sudah pasti laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok menjadi hiburan utama buat kita semua.

Baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai sebuah muzik video yang telah disunting dari lagu hari raya menjadi tumpuan ramai.

Muzik video bertajuk PKP 2021 itu dinyanyikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Naim. Liriknya yang spontan dan kelakar sekali gus menarik perhatian ramai dan membuatkan warganet turut sing along!

Lihat muzik video penuh itu di bawah:

Muzik video buat ramai terhibur dan dipuji kerana lirik yang kreatif

Menerusi muzik video yang berdurasi 1 minit itu, Azman menyanyikan lagu PKP 2021 dengan muka selamba sambil menyelitkan lirik-lirik kreatif tentang isu Covid-19.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 207.4k views, 16.1k retweets dan 11.5k likes di Twitter.

"Imagine PKP sampai ramadhan and radio pasang this song instead" - Warganet

Hasil tinjauan di ruangan komen yang sehingga kini mencecah lebih 1,000 quotes, rata-rata warganet memuji suara Azman yang sedap dan on point dengan lirik ciptaannya sendiri itu.

Ada yang sampai menyanyi sekali apabila memasang lagu itu dan siap rate 5 star! Bukan senang nak cipta lagu secara spontan dan buat ramai orang suka. Memang terbaiklah!

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Alamak, dah melekat dalam kepala pulak lagu ni. Selamat ber-PKP lah ya semua! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: