[VIDEO] Gadis Ini Akui Lebih Suka Kawan Dengan 'Geng Lelaki' Sebab Perempuan Complicated
Betul ke geng perempuan suka berpuak?
Memang tidak dapat dinafikan lagi, persahabatan orang lelaki nampak lebih simple dan sempoi berbanding perempuan
Manakan tidak, persahabatan orang perempuan kebiasaannya terlalu banyak drama dan isu remeh yang suka diperbesarkan.
Mungkin disebabkan hal itu, ada sesetengah perempuan lebih suka untuk berkawan dengan lelaki berbanding dengan jantina yang sama.
Begitu juga dengan seorang gadis ini yang tular di TikTok apabila dia memuat naik video bersama kawan-kawan lelakinya dengan kapsyen "Bestfriends! Tak suka sangat ramai kawan perempuan sebab complicated".
Anggap kawan perempuan complicated, lebih selesa berkawan dengan lelaki
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu, kelihatan gadis yang dikenali sebagai Amany itu sedang menari dengan tiga orang kawan lelakinya membuat 'Prrrum Challenge' di TikTok.
Walaupun hanya dia seorang saja perempuan di situ, dia nampak sangat selesa melakukan tarian tersebut dan menyifatkan bahawa berkawan dengan perempuan adalah complicated. Hal itu menyebabkan Amany lebih memilih untuk berkawan rapat dengan lelaki.
"Kawan dengan lelaki lagi happy. Janji pandai bawak diri" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video Amany sudah mendapat 330.9k views dan 46.2k likes.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat hal yang sama sepertinya dan mereka turut merasakan berkawan dengan lelaki lebih senang kerana mereka selalu tolong apabila dalam kesusahan.
Antara komen menarik daripada netizen: