seismik

Kecoh Situasi 'Banjir' Di Thailand Tular Gara-Gara Air Jernih Macam Kristal. Wow!

Korang percaya ke?

Cover image via @StillBreath90 (Twitter)

Umum mengetahui sejak kebelakangan ini, beberapa negeri dilanda banjir teruk sehingga lebih dari paras pinggang dan menyebabkan air yang sangat keruh

Namun berbeza pula dengan beberapa keping foto yang tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang pengguna berkongsi situasi banjir di Thailand.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan keadaan banjir di sana sangat berbeza dengan keadaan banjir di Malaysia kerana airnya sangat jernih dan berwarna biru seperti laut.

Lihat foto-foto tersebut di bawah:

Sebaik saja ciapan itu tular, ramai yang mendedahkan bahawa foto-foto tersebut sebenarnya telah disunting

Jika diteliti secara dekat, kesemua gambar-gambar itu telah disunting menjadikan airnya kebiruan. Ikutkan logik, mana ada air banjir jernih macam air laut bukan?

Seperti biasa, warganet menjalankan tugas untuk menyiasat setiap inci gambar tersebut dan mendapati beberapa keping foto jelas disunting. Antaranya ialah kaki seorang lelaki yang tidak nampak dalam air walaupun airnya konon jernih.

"Hang percaya hang pi duk Thailand haha" - Warganet

Susulan tularnya perkongsian itu yang sehingga kini mendapat 11.6k retweets dan 23.3k likes, ada sesetengah warganet percaya dengan gambar-gambar yang dikongsi oleh pengguna itu.

Namun ramai juga yang tahu bahawa gambar-gambar itu hanyalah edit semata-mata. Ada yang siap berharap banjir seperti itu dan floating market benar-benar terjadi di Malaysia.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Mana mungkin banjir jernih macam tu. Korang percaya ke? :p

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: