seismik

[VIDEO] Gara-Gara Malu 3 Orang Pakai Baju Sama, Gadis Ini Kelam Kabut Buka Baju Di Kafe

Boleh pula semua pergi tempat sama tu.

Cover image via @milaalawiyah (TikTok)

Bagi mereka yang suka shopping melalui online di Shopee atau Lazada, sudah pasti ramai yang mungkin akan terbeli baju sama tidak kiralah warna atau design

Tambahan lagi, rata-rata penjual di Shopee dan Lazada pula akan menjual baju yang sama terutamanya jika semasa itu design baju tersebut tengah trending dan menjadi fesyen ikutan terkini.

Namun, pastinya kita akan merasa malu jika terjumpa orang yang pakai baju sama seperti kita di sesebuah tempat. Bagi orang lelaki, mungkin ini bukan masalah besar tetapi orang perempuan agak sensitif apabila 'terkantoi' beli baju sama dengan orang lain.

Sama juga seperti gadis ini apabila videonya tular di laman TikTok gara-gara terjumpa tiga orang yang sama pakai baju sepertinya.

Lihat video penuh di bawah:

@milaalawiyah

Ini pas di mercusuar cafe, malu woi kalo km orangnya duetin wkwk ##fyp ##bandung ##bajusama

terimakasih emak terimakasi abah - tir

Terus tahan malu dan buka baju di kafe lepas ternampak 3 orang pakai baju yang sama

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis yang bernama Mila Alawiyah itu sedang lepak di kafe bersama kawannya sebelum dia perasan kelibat tiga orang gadis lain yang juga datang ke situ memakai cardigan yang sama warna dan design sepertinya.

Malu dengan situasi tersebut dan tidak mahu kantoi dengan orang lain, Mila pantas menanggalkan cardigannya di kafe itu dan mengikat di pinggangnya. Dia kemudiannya berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 8.2 juta tontonan dan 652,500 tanda suka di TikTok

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat bahawa cardigan berwarna lilac itu sememangnya sedang trending sekarang. Jadi, tidak hairanlah ramai yang membelinya.

Tetapi yang lawaknya boleh pula sampai empat orang pakai baju sama dekat tempat yang sama. Macam mana tak malu kan?

Ini antara komen menarik daripada netizen:

Apa-apa pun terpulang pada masing-masing. Kalau tak kisah jumpa orang yang pakai baju sama, buat selamba je :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: