[VIDEO] Pengantin Ini Tak Jadi Potong Kek Kahwin Sebab Ayah 'Nyanyi' Lagu Panjang Sangat
Bestnya dapat ayah sporting macam ni!
Umum sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah dilaksanakan, justeru ianya telah menyekat mereka yang ingin membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran
Oleh kerana itu, ramai bakal pasangan pengantin PKP terpaksa mempercepatkan perkahwinan dan hanya membuat majlis secara kecil-kecilan saja di rumah.
Namun berbeza pula dengan sepasang pengantin ini apabila video mereka tular di laman TikTok. Hari bahagia mereka diraikan secara special oleh ayah tercinta semasa upacara memotong kek kahwin.
Ayah pengantin perempuan itu yang pada awalnya hanya ingin memeriahkan suasana perkahwinan anaknya telah menyanyikan sebuah lagu buat pasangan mempelai.
Lihat video penuh di bawah:
Ayah siap menyanyi lagu untuk pengantin, tetapi aksinya pula mencetuskan dekah
Menerusi video berdurasi hampir 1 minit tersebut, kelihatan pasangan pengantin itu baru saja hendak memotong kek kahwin mereka dan diiringi oleh nyanyian dari ayah pengantin perempuan.
Namun apa yang melucukan adalah apabila lagu yang dinyanyikan ayahnya terlalu lama sehingga pengantin perlu menunggu lagu habis untuk memotong kek.
Gelagat ayah pengantin perempuan itu berjaya mencuri tumpuan ramai kerana dia dilihat begitu khusyuk menyanyikan lagu selamat pengantin baru siap 'tarik panjang' lagi.
"Ni kalau sekali hadrah kompang tu mesti lagu padu. Best suara pak cik" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 120.3k views, 16,000 likes dan 910 comments di TikTok, rata-rata netizen terhibur melihat aksi comel pak cik itu yang bersungguh-sungguh menyanyi bagi memeriahkan suasana majlis kahwin anaknya.
Ada juga yang sebak kerana teringat arwah ayah mereka dan berkata mereka mungkin akan menangis dan meraung jika mereka menjadi pengantin itu kerana melodi lagunya yang agak sedih.
Antara komen menarik daripada netizen: