seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Menjerit & Lari 'Lintang Pukang' Bila Isteri Saja Usik Nak Campak Lipas

Lawaklah! Terus tak macho dah.

Cover image via @syafiqahelmyra (TikTok)

Setiap orang pasti mempunyai rasa fobia masing-masing seperti takut kepada serangga dan binatang kecil

Antaranya adalah lipas, katak, tikus, cicak dan ulat. Ada yang sampai menangis teruk apabila diusik oleh kawan-kawan atau keluarga dengan binatang yang mereka takutkan itu.

Sama seperti video pasangan yang tular di TikTok ini, apabila si isteri sakan menyakat suaminya yang takut dengan lipas.

Lihat video penuh di bawah:

Isteri kutip lipas mati dan acah nak campak dekat suami

Menerusi video tersebut, wanita yang bernama Syafiqah Elmyra itu terjumpa lipas yang sudah mati di garaj rumahnya. Dia kemudiannya sengaja mengambil lipas itu bertujuan untuk menyakat suaminya.

Takut apabila ternampak isteri sedang memegang serangga itu, suami Syafiqah pantas berlari dan mengelak siap merayu supaya lipas itu tidak dicampak kepadanya.

Di akhir video, Syafiqah sengaja mencampak lipas mati itu dan suaminya terus berlari ke belakang rumah.

"Gelak dia yang cannot brain. Kuat sakat suami!" - Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat pasangan itu lebih-lebih lagi dengan gelak 'jahat' Syafiqah semasa menyakat suaminya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 16.7k views dan 1558 likes di TikTok.

Antara komen menarik daripada warganet:

Makin fobialah suami dia lepas ni, nakal betul eh sis!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: