UKM Tembusi Top 20 Universiti Asia Buat Kali Pertama, UM Jatuh Ke Tangga Ke-17 Serantau
Malaysia memiliki lapan universiti tersenarai dalam kalangan 50 universiti terbaik di Asia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menembusi kelompok 20 universiti terbaik di Asia buat kali pertama
Ia sekali gus merapatkan jurang dengan Universiti Malaya (UM) yang turun dua anak tangga dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2027.
Menerusi laporan Free Malaysia Today, UKM melonjak daripada kedudukan ke-24 kepada kedudukan ke-20 (berkongsi tempat), manakala UM turun daripada kedudukan ke-15 kepada kedudukan ke-17 (berkongsi tempat), walau bagaimanapun ia kekal sebagai universiti dengan kedudukan tertinggi di negara ini.
Daripada 49 universiti Malaysia yang disenaraikan tahun lalu, 25 universiti mencatatkan kedudukan lebih rendah, 20 universiti memperbaiki kedudukan dan empat universiti kekal pada kedudukan yang sama.
Kemasukan enam universiti baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 55 buah universiti.Walau bagaimanapun, 17 institusi mencapai kedudukan tertinggi mereka setakat ini, manakala jumlah keseluruhan dalam kelompok 100 terbaik di Asia meningkat daripada 10 kepada 11.

QS Asia University Rankings 2027, yang diterbitkan semalam, menilai 1,722 universiti di seluruh Asia berdasarkan 11 aspek
Ia merangkumi reputasi institusi dalam kalangan majikan, prestasi penyelidikan dan pelajar antarabangsa.
QS menyatakan bahawa UKM mencatatkan peningkatan terbesar dari segi keluasan kerjasama dengan penyelidik di luar negara, dengan melonjak empat anak tangga ke kedudukan ke-11 di Asia dalam aspek tersebut.
Sementara itu, UM mengalami penurunan dalam enam daripada 11 bidang yang dinilai, termasuk dari segi reputasinya dalam kalangan majikan, yang menyaksikan ia jatuh tujuh anak tangga ke kedudukan ke-17.
UM juga mencatatkan penurunan sebanyak tiga anak tangga masing-masing dalam kategori hubungan penyelidikan antarabangsa dan bilangan pelajar antarabangsa.
Laporan itu turut mendapati bahawa 86% universiti tempatan mengalami kemerosotan dalam ukuran reputasi dalam kalangan majikan, yang menyumbang sebanyak 20% kepada kedudukan keseluruhan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via