[VIDEO] Lelaki Ini Prank Suap 'Charger' Ke Mulut Anak Sebab Leka Bermain Telefon
Kesian kat budak tu tapi ayah dia punya gelak lawaklah!
Sepertimana yang kita tahu, kanak-kanak zaman sekarang lebih cenderung ke arah teknologi dan gajet
Berbanding semasa kita kecil dulu yang lebih suka bermain permainan tradisional, kanak-kanak sekarang sememangnya diajar dari mereka kecil menggunakan telefon sebagai medium untuk bermain game.
Jadi, tidak hairanlah jika anda pernah ternampak kanak-kanak merengek di dalam shopping mall dan hanya boleh diam kalau ibu bapa mereka memberikan telefon.
Namun, kadangkala fenomena ini menimbulkan kebimbangan buat ibu bapa kerana boleh menyebabkan anak-anak menjadi tidak hirau dengan keadaan sekeliling dan hanya membuat hal sendiri.
Situasi tersebut juga turut terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan ini apabila videonya tular di laman Instagram ketika dia terlalu leka bermain telefon dan telah diprank oleh ayahnya.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Leka bermain telefon sambil makan, ayah prank suap charger dalam mulut
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu sedang disuap makan oleh ayahnya sambil bermain telefon.
Namun tanpa disedari, ayah kanak-kanak itu sengaja menyuap kepala pengecas telefon ke dalam mulut anaknya kerana melihat dia terlalu asyik melihat telefon sampai makan pun tak pandang sekeliling.
Kanak-kanak itu kemudiannya menangis dan bertindak memukul ayahnya yang gelak tak henti-henti selepas dia menganga ingin makan pengecas tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 342k views, dan 34k likes di Instagram
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu selepas diprank oleh ayahnya dan berkata cara lelaki itu gelak sangat menghiburkan.
Antara komen-komen menarik daripada netizen di Instagram: